Sebenarnya...

Assalamualaikum...

## Tengok part Jannah (Cinta Jannah) lepaskan rindu bercakap sorang-sorang..
seolah-olah bercakap dengan suami dia...
Aku pulak yang jadi sebak tiba-tiba..
Dan.. air mata pun gugur lagi di medan perang..

Dah lama rasanya tak menyebut nama dia..
Dah lama rasanya tak memandang wajah tu..
Masing-masing melarikan diri bila bertembung...
Cuba sedaya upaya tak saling memandang !
Dah lama rasanya senyuman tu bukan untuk aku..
Dah lama aku menahan diri dari semua ni !
Jujur,
Aku rindu..

Sejauh mana aku cuba,
rasa ni selalu ada..
susahnya melepaskan kamu yang ada di seluruh hati !

Kadang-kadang rasa bodoh..
Kadang-kadang rasa benci..
Cemburu & sakit, rasa yang tak pernah hilang !

Aku rasa bodoh bila fikirkan tingkah aku setiap kali mencuba 'mesra' bersama yang lain..
yang akhirnya tak pernah berjaya !
Aku rasa benci setiap kali aku melihat kamu,
tapi aku tak mampu berbuat apa-apa..
hanya tunduk dan berlalu..
Aku rasa cemburu melihat seseorang bersama kamu,
walaupun sekadar bercakap !
Aku rasa sakit ! terlalu sakit begini..
Disakiti oleh insan yang paling di sayangi..

Apa yang Jannah buat, aku pun selalu buat..
Bercakap seolah-olah kamu ada di sisi..
buat apa yang kita suka buat sama-sama macam dulu..
lepak kat tempat yang kita selalu lepak !
walaupun sedih,
tapi membahagiakan !

Phone ni dah lama tak berbunyi, 
'Tuhan jagakan dia'
Kalau dulu, hebat macam mana pun perang dunia kita,
phone tetap berbunyi, walaupun sebabnya hanya nak saling bertengkar !
walau sakit hati,
tapi membahagiakan..

Kali ni, awak betul-betul nak pergi jauh..
tapi kadang kala masih menoleh..
mungkin takkan kembali?
awak, tolong jangan pergi kalau awak juga tak mampu..
saya tak boleh menghalang lagi,
usaha saya dah habis..
tapi saya sangat berharap...

yang tinggal sekarang, hanya doa..
Ya Allah, jagakan dia...



Thanks for reading!

Solat Istikarah..


Assalamualaikum..

Hati terdetik untuk menunaikan solat istikarah.. 

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Cara Solat Istikharah
 a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Insha Allah, dengan izin-Nya..

#sumber dari Mr.google ! :)


Thanks for reading!

Aku masih di sini...


Assalamualaikum..

Well, entry di siang hari... honestly, rasa sunyi...
So, I think.. writing is the best way.. maybe..
Act, banyak yang dah jadi a few months nih.. sangat-sangat banyak..
sampai sometimes rasa terjatuh and tak mampu nak berdiri lagi..

and honestly lagi.. aku sangat-sangat merindu seseorang...
even aku still lagi boleh tengok dia setiap hari..
tapi terasa 'jauh' sangat-sangat..
sampai dah tak mampu aku nak capai..
 penah rasa? 

tengok dia tersenyum,
tengok dia sihat,
tengok dia menjaga diri dia dengan baik..
aku dah mampu untuk tersenyum..
rasa bahagia hari-hari..
perasaan apa ni?
bodoh?

kenapa aku tak nak move on?
just leave him !
aku nak.. but i just cant !
kadang-kadang rasa cemburu !
tengok orang bahagia, tengok orang move on dengan mudah nya..
someone asked me,
he just break up with his girl...
but now, less than 3 months..
masing-masing dah bahagia dengan pasangan masing-masing..
he asked me, wont I do the same thing?

I wish..
It could be that easy for me..
I answered...
maybe we are not same..
aku dan dia sama-sama masih kat sini !
no new boyfriend ! no new girlfriend !
& aku masih rasakan perasaan yang sama..

We dont talk much..
tak bercakap langsung..
& sometimes we even walk right past each other without saying one word !
act like stranger !
but, those time.. when our eyes meet,
I know deep down, he's missing me as much as I miss him !

sometimes, aku harap yang kami tak pernah kenal..
bukan sebab aku menyesal..
I wont regret anything of him !
tapi, cuma sbb aku yang lembik..
with him, aku jadi bukan diri aku yang dulu !
with him aku jadi selemah-lemahnya..

mana pergi nya aku yang keras hati?
mana pergi aku yang degil?
aku masih degil..
degil untuk terus bersabar..
degil untuk terus pertahankan apa yang aku sayang..

Aku masih mahu...
Aku masih sayang..
Aku masih rindu...

Rindu dengan setiap gurauan...
Rindu bila dia usik-usik !
Rindu bila dia marah !
Rindu bila dia jadi nakal !
Rindu nak dengar dia panggil-panggil !
Rindu nak tengok dia sengih-sengih !
Rindu bila dia jeling-jeling !
Rindukan bahu yang bila aku bersandar terasa selamat..
Rindu !!!

Awak...
Sy masih kat sini...
sampai bila, sy pun takde jawapan untuk tu..
If awak bencikan sy, if awak btul-btul taknak kan sy dlm hidup awak..
Tlg sy.. 
Tlg doakan hati ini...
Tlg doakan kita sama-sama bahagia dengan haluan masing-masing..
Demi Allah, sy dah cuba..
tp semua tu takde makna bila semuanya hanya ada awk..
ingat tak apa yg sy selalu ckp?
untuk awak teruskan hidup awk tanpa sy, tu hak awk..
sy takkan menghalang, sbb sy takde hak..
tp untuk terus di sini..
tu hak sy.. tlg jangan halang sy..


untuk masa skrg, hati ni masih ikhlas untuk bertahan..
sbb sy masih yakin dengan hati sy, hati awk..
masa depan kita tak tau kan awk..
semoga awk akan hargai semua ni, selagi sy masih di sini..
sbb sy juga manusia biasa,
sy percaya,
akan sampai suatu masa bila sy btul-btul akan pergi jauh dari semua ni..


Orang cakap, makin kuat kita sayangkan seseorang..
makin kuat Allah uji kita..
dulu aku tak percaya.. mungkin sbb aku tak pernah lalui semua ni..
atau mungkin aku tak btul-btul sayang..
tp...


#to be continue


Thanks for reading!

Itu kerja Allah SWT..

 
Hola !
After a few months.. hoho..
Finally, ade jugak lah time sikit.. nak belek-belek.. curik-curik masa update bloggie sikit kan..
Ikutkan hati, perghh.. banyak gila kot benda yang Lya nak story..
Tapi, bila terpikirkan bende lain yang dok menanti dah tue..
Kta just review yang penting-penting dah la dulu yoo..
Act, entry nie dah lapok pun.. Adehh
Banyak kali dah buat draft but still tak publish-publish jugak...
okeyh, back to the most important thing yang I nak story... 
Fisrt of all, nak say jutaan congrats to all my friends yang dah pun
selamat melangkah ke fasa yang baru dalam hidup masing-masing..
Ada yang dah jadi isteri orang,suami orang,mama orang, bapak orang and also tunangan orang...
if nak buat list name satu-satu panjang jadi nye nanti, so I just cakap umum jer okeyh..
korang sendiri-sendiri tahu lah diri sendiri yer..
Doa Lya, smoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat..
Inha Allah, dengan izin-Nya... Aminn..
okeyh, jeles nih tau ! haha..
And for the special one, of kos la Cik Kembar kte nih !!


opss... no longer Cik okey ! 
but nak panggil Puan Kembar macam tak sodap di dengar pulak kan..
hehe.. kena tunggu kte dua-dua pegang title Puan baru officially boleh tukar panggilan eh ! hehe..
Congrats dear, selamat menjadi seorang isteri...
selamat melangkah ke satu fasa yang baru dalam hidup !
nothing much to say..
just..
take a gud care of urself ok...be a gud wife ! itu paling penting.. and,
 cepat-cepat bagi I anak sedara eh !!!
oh ya! di saat entry ni d 'publish' kan.. my anak sedara dah 5 months plus kot dalam tummy mama nye..
waaaa... acik Lya dah feeling excited giler nih !
#gila lapok entry nih ! aiyoo..

bila dah asyik kawan-kawan semua dok pakat naik pelamin kan,
telinga ni pun mula la panas dok dengar soalan cepumas..
from the makcik-makcik and the geng's plus kaum kerabat yang laen..
aduhai...
makcik.. itu kerja Allah SWT..
kalau boleh, esok jugak cheq nak kawen..
cheq pun teringin laaa,bukan nak teringin.. tapi, nak buat macam mana..
kalau nak story panjang, satgi makcik pulak panaih telinga nak dengaq kan?
senang crita macam ni la eh, apa kata makcik tolong doakan saya sat..
mintak cepat-cepat makcik dapat makan nasik minyak saya..
pastu cepat-cepat makcik dapat tengok anak saya..
saya nak anak kembaq tau ! tolong na.. blh? 

hihi.. kan syok kalau "makcik" ada blog..
okey makcik, jum layan sekeping dua pic cheq naa..


adios !


Thanks for reading!

#Aichummm..


Assalamualaikum wbt..

Well, dah hampir 5 bulan lebih tak menaip kat sini.. Jenguk apatah lagi..
Honestly, Lya rindu sangat nak be'blogging mcm dulu..
setiap hari, ada ja entry merepek yang nak share dengan korang kan..
emmm, harus di akui.. life sekarang tak macam dulu..
sekarang nih, "masa" tu dah jadi mcm limited sangat-sangat..
keja..keja..and keja.. huhu..
bercakap pasal "rindu".. banyak yang Lya rindukan.. 
Hanya Allah SWT yang tahu.. tak terucap dengan kata-kata rasanya..
Rindu sangat dengan housemate, kawan-kawan, my student life's..
Rindu Cik Kembar ! :(
Honestly kan.. Bagi Lya, life sekarang tak semudah dulu..
Yer lah, dulu kte just fokes study.. tak payah pikir laen-laen..
Sekarang, macam- macam yang perlu pikir kan..
And, situasi tue akan jadi sangat sukar bila kita harus membuat keputusan !
right? Well, itu lah yang di panggil kehidupan..

orait.. tak boley nak mengarut banyak-banyak..
got to go..
Selamat Berpuasa kawan-kawan..
Menikmati 10 malam terakhir dengan penuh syahdu..
oh ya ! In case Lya tak jenguk sini untuk 5 bulan yang akan datang, hehe..
Selamat Hari Raya in advance ya !
chiaw.. :)



Thanks for reading!

#cukup


Hello dear-dear..
Lya terjumpa artikel nie.. and lya nak share dgn korang lah nie..
sweet kan?
Bakal pemilik tulang rusukku, ini utk awak..

#

 Saya tak minta yang SOLEH ,
sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat...

 Saya tak minta yang bergelar USTAZ,
sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH...

 Nak minta yang KAYA,
saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada..

 Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat,
sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...

 Nak minta yang BERPANGKAT,
saya hanya seorang HAMBA...

 Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...

 Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya
serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera dilayar dan masjid dibina..

 Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU
dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia... 


#
cukup yang MENCINTAI diri ku,
seadanya kerana ALLAH SWT...



Thanks for reading!

Don't !

Hola.. Lya just nak share artikel ni..
sangat penting and berguna okey..
well, sharing is caring kan..
spread the love... :)

#
Jangan, Jangan dan Jangan,
Don't !!!

Jangan sengaja lewatkan solat. Allah tidak suka. 

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). 
Tu kan tempat najis..

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah. 
Makruh sebab ia membahayakan kita jugak kan.. 

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 

Jangan tidur selepas subuh. Rezeki lari !

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
 Nanti berkongsi rezeki dgn syaitan !

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Niat utk melakukan kebaikan, pahala untuk kita..

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. 
Makruh dan mewarisi kepapaan. 

Jangan biarkan mata liar memandang !
Bertambah dosa... 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. 
Nanti rosak persahabatan ! 

Jangan lupa,
kita sentiasa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja seharian kita. 
Nanti sombong bila berjaya. 

Jangan bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah tu amalan mulia.
panjangkan umur dan murahkan rezeki kita. 

Jangan banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa. 

Jangan biasa berbohong, sebab tu ciri-ciri munafik !

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. 
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat  lebih utama dan 
kehidup di sana yang abadi dan kekal selamanya.. 

& Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN !
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..

 "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) 
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. 
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab :71)
##

Renung-renungkan.. dan selamat beramal.. :)
sekadar peringatan utk kita bersama.. 
sharing is caring lahhh.. hehe..
bai..

                                                                                                                               Xoxo,
                                                                                                                             Cik Clara



Thanks for reading!

Ulalala... Welcome bebeh...


Weehooo... First entry on the first day of 2013 !
Finally, sempat jugak nak meng'update bloggie kan... 
well.. Assalamualaikum wbt...
Hola reader's ! kabare?
seriously, kangen giler oii nak ber'blogging...
but apakan daya, urusan laen lebih memerlukan...

so...
Selamat datang 2013 !
but before that, Selamat pergi 2012 !
 semoga perginya 2012, bawa semua bende-bende 'pahit' yang pernah berlaku,
bawa pergi kesemua bende-bende yang kalau boleh taknak 'jumpa' lagi dah...
Nak melupakan tue perkara 'pahit' tue mustahil kan, but, Insya'allah..
 semua tue akan jadi semangat dan kekuatan untuk kte jadi lebih matang dalam hidup..
kan?
anyway, thank you so much untuk semua pengalaman dan kenangan..
ketawa dan air mata, jatuh dan bangun, pahit dan manis...
semua tue bukan untuk mematahkan semangat, malah mematang dan memberi kekuatan...
# hadapi dengan senyuman !

back to 2013, Alhamdulillah...
masih diberikan kesempatan untuk meneruskan hari-hari di muka bumi..
masih diberikan kesempatan bertambah nya umur ! 
getting old ! ouhh tidak ! :( hehe..
dengan doa dan harapan...
semoga tahun nie lebih baik dari tahun lepas, Insya'allah..
kalau boleh this year nak senyum-senyum, gelak-gelak and happy-happy jer okeyh!

My azam?
Tahun nie takde yang special kot rasanya...
Alhamdulillah, azam lya untuk tahun lepas dah pun tercapai ! hehe.. 
Terima kasih Ya Allah..
apa bende nya tue, biar lah diriku saja yang tahu ea..
this year, nothing much... cuma ade lah sesetengah perkara yang perlu di capai this year..
paling utama this year adalah $$ !!
huhu.. kat mata I dah penuh simbol $$ dah nie..
Insya'allah, tahun nie kena keja keras sikit untuk mencapai apa yang di impikan tue..
alaaa... 'sesetengah' perkara tue..
Apa? ade lahhhh... 
a'haa ! no..no..no..
'married' bukan lah benda yang berada dlm 'sesetengah' perkara tue...
tidak yer adik-adik.. still banyak benda yang perlu di capai before melangkah ke alam tue..
but, sape tahu kan? kerja Tuhan..
apa-apa pun boleh terjadi...
bak kata pepatah, kte hanya merancang..
dan sesungguhnya, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik untuk hamba-Nya..
dan semoga segala-galanya berjalan dengan baik untukku..
Dengan Izin dari-Nya, Insya'allah...
Amin..

so...
dear myself !
tolong bangun and sembuh dari kesakitan,kelukaan yang lalu...
kesan yang tertinggal tue perlu dikuburkan dalam-dalam !
remember, awak ade 365 helaian baru yang perlu di corakkan seindah-indah nya...
be more matured ! more stronger !
untuk menghadapi apa jua yang mendatang..
yes u can ! :)

oh ya ! tak lupa, untuk adik-adik comel..
selamat kembali ke sekolah ! hehe..
dah kena bangun awal-awal ea... alololo..

and lastly,
Happy New Year to everyone...
semoga hari-hari dalam kehidupan kita, di berkati dan dirahmati 
oleh Allah SWT...








Thanks for reading!