Jum sama-sama kita share benda penting nie..

Macam yang kita semua tahu,dengar and baca di suratkhabar, tengok kat berita..
tentang kejadian ngeri di mana seorang remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun,
dibakar di kawasan semak oleh teman lelaki nya sendiri !





so di sini lya nak kongsi kan lah sikit, artikel yang dah pun di edarkan ke merata-rata 
berkenaan kes ini.. semoga suspek yang menjadi buruan polis tue, dapat di berkas dengan segera..
and dengan doa serta harapan jugak, agar kejadian-kejadian sperti ini tidak berulang..
kesian lah dengan si mangsa, betapa azab nye dia menanggung suma tue kan..
kesimpulannya, bercinta lah secara waras yer !
rasanya paling penting dalam setiap diri seseorang individu tue adalah,
sifat berperikemanusiaan.. tanpa tue, mungkin dia tak layak di panggil manusia kan?

#
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.


Berita METRO

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

 # sumber dari google, facebook and others blog..



Thanks for reading!

2 comments:

DilaMilin said...

Ini bukan manusia ni. Takde hati perut langsung. Astagfirullah. Hrap2lah budak ni dibawa ke muka pengadilan..

Cik Clara said...

@DilaMilin : kan awak.. harap2 mcm tue lah.. sangat tak berperikemanusiaan