Balek kampung... Weeehhhoooo~ Bubye korang !

Hai korang !
okey, memandangkan esok lya akan terbang pulang ke kampung halaman..
cewaahh ! terbang tue... macam lah naek flight !
pde hal penang ke perlis dua jam jer.. tapi kalau abah yang drive, dua jam tue akan jadi 
dua jam lebih or tiga jam ! hehe..
okey..okey.. so, memandang kan esok lya dah nak balek kampung,
ni merupakan last entry dari lya lah..
untuk before raya jer ! nanti lepas raya kte jumpa lagi.. :)
confirm banyak cte punya nak story kan..kan..kan..
pssst ! pssst ! baju ghaye wane ape korang?
uikkksss ! zipkan dulu mulut tue.. kte story after raya okey.. :)
act bukan hape, malas sebenarnya nak mengusung Encik Lappy nih balek ke kampung..
firstly sebab 'kureng' privacy.. dah ramai-ramai tue faham-faham jer lah kan..
lagipun kat kampung, line slow ckit.. usually, lya online gune fon jer kat sana.. hihi..
tue pun bergantung pde mood and kelapangan.. 
so, di kesempatan ini...
Lya menyusun sepuluh jari memohon maaf pde korang sume...
tak kira lah dari membe-membe blogger, yang ade membaca blog lya selama ni, 
pada sume-sume lah yang mengenali diri lya..
sama ada mengenali diri lya yang sebenar di luar 'alam maya' nih, 
or mengenali 'Lya Clara' and also to those yang
mengenali CikClara di  'cikchentaclara.blogspot.com' :)
lya mohon ampun maaf yer andai ade perlakuan lya, percakapan or penulisan lya
yang mungkin menyinggung perasaan korang tanpa lya sedar..
dan dengan setulus hati, lya maafkan semua nya.. :)

pada kawan-kawan yang sama-sama nak gerak balek ke kampung halaman esok,
hati-hati drive yer ! pakcik-pakcik yang bawak bas tue pun hati-hati memandu !
bak kata signboard yang slalu terpacak kat tepi highway tue,
'Pandu Cermat, Ingatlah Orang Yang Tersayang'
semoga kepulangan kita di sambut dengan senyuman, bukan dengan tangisan...
Insya'allah..
and untuk korang yang di perantauan, tak dapat balek raya tahun ni,
jangan lah sedih-sedih tau.. mungkin takde rezeki tahun nie..
tingat pulak zaman blajar, kawan-kawan yang duduk jauh tue memang berebut-rebut carik tiket bas..
ade yang masuk jer bulan Ramadhan, dah pun pegi booking tiket bas siap-siap..
masa tue, raya bersyukur sangat sebab rumah dekat.. tak payah nak berebut tiket bagai..

oh ya ! adik-adik sekalian.. jangan main mercun yang membahayakan okey !
tapi, dah macam tradisi masyarakat melayu kan setiap kali nak raya mesti main bunga api and mercun kan..
tak lengkap rasa nya suasana raya tanpa bunyi bising mercun bagai kan..
tapi nak main tue berpada-pada lah.. akak pun tak sabo nak balek main mercun kat kampung nih !
cuma bawak-bawak beringat lah kan !
jangan sampai mercederakan diri sendiri okey !
kang dah elok-elok Allah SWT kurniakan tangan jari,cukup sifat sume.. 
tiba-tiba jadi cacat pulak, Nauzubillah..
see... kan akak lya korang ni dah membebel panjang lebar nih ha.. hehe..
Ingat tau !

and, akhir skali.. semoga kedatangan Syawal tahun ni membawa kegembiraan kepada kita semua..
bersama keluarga dan insan-insan tersayang..
dalam kita bergembira, jangan lupa yang berduka ! :)
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin !



Thanks for reading!

0 comments: