Bebel untuk diri sendiri #part2




subhanallah..
sesungguhnya Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya..
Insya'allah..





Thanks for reading!

6 perkara, Allah SWT sembunyikan..


Hi reader's..
Malam ni, lya nak share sikit dengan korang tentang artikel ni..
Jemput baca ! :)
#
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, 
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , 
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). 
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. 
dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 
'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, 
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, 
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, 
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, 
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, 
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, 
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. 
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, 
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 
'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 
'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, 
lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, 
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... 
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

# Subhanallah.. Alhamdulillah.. betapa bersyukur nya kita sebagai hamba-Nya kan..
betapa bersyukur nya diri sebagai umat Nabi Muhammad SAW..
Thanks mama, sebab share kan artikel ni.. :)
Oh ya ! btw.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah masih di berikan peluang dan kesempatan lagi oleh Allah SWT untuk menyambut Ramadhan kali ini.. semoga setiap amalan ibadat kita diterima serta diberkati oleh-Nya..
mudah-mudah.. Insya'allah..





Thanks for reading!

Sekali sekala, bebel jap kat diri sendiri!


Hai readers !! Selamat Hari Rabu.. hihi..
hope plus doa and harapan, smoga hari korang indah-indah belaka yer..
My day? emmm.. tak berapa bagus.. but tak berapa teruk jugak!
 hurmm..

dear myself !!
please jangan nak mengada-ngada jadi minah lembik sangat ok !
jangan cepat putus asa lah.. rezeki tue ada di mana-mana..
paling penting, please percaya pada diri sendiri !
yes u can ! lagipun.. hanya awak yang kenal siapa diri awak sebenarnya kan?

emm.. macam orang-orang selalu cakap tue..
hidup tak selalunya indah, sometimes kta kat atas and somtimes golek-golek jatuh ke bawah kan..
untuk lya, mungkin sekarang waktu lya tergolek-golek jatuh..
tapi, belum sempat jatuh hingga ke bawah,
ade banyak dahan untuk lya berpaut..

Alhamdulillah, di setiap ujian yang Allah SWT berikan..
ade insan-insan yang teguh berdiri di sisi lya sebagai pelindung, support lya..
sukar sebenarnya nak gambarkan dengan kata-kata..
tapi, pape pun thank you so much guys..
sebab selalu teguh berdiri and berada di sisi lya bila lya memerlukan..
honestly, beberapa bulan kebelakangan ni bukan lah satu tempoh masa yang menyenangkan
untuk lya lalui.. macam-macam yang jadi..
sangat menyerabutkan, sangat membebankan..
but Insya'allah.. everything gonna be ok !!
trust in urself ! besides, Allah SWT takkan menguji kalau kita tak mampu kan?
yes !! saya kuat !!
keep smiling lya.. sebab ade ramai orang yang berdiri teguh di sisi awak !
:)

tadaaa ! supergurl yang kuat ! yesss..
motif mulut tue kne tapis dgn lembaga tapis menapis still tak dapat di kenal pasti.. hihi
okey, chiaw.. bai


Thanks for reading!

Just let it be.. :)



#
Bila awak dekat, kadang terasa jauh..
kadang-kadang seakan menjauh..

Bila awak jauh, terasa benar-benar jauh..
dan kita semakin menjauh..
Jujur, saya takut..
takut awak jauh, semakin jauh, dan terus menjauh..


I feel alone..sometimes..
Just let it be..
Saya masih mampu untuk tersenyum..
Insya'allah..






Thanks for reading!

Hari terakhir utk saya ber"honeymoon"..!


So sad bila baca tajuk entry kat atas kan.. Hurmm..
sedar tak sedar dah hampir dua bulan lebih jugak lya ber'honeymoon'..
eh! ape korang fikir haa? 'honeymoon' or dalam erti kata lain menganggur lah..
lepak-lepak kat rumah.. shopping.. holiday.. macam-macam lagi lah..
btul-btul relaks, enjoy.. suka hati jer nak buat apa pun kan.. rasa macam tuan puteri pun ade..
hari-hari makan cukup, ade duet.. poket berisi lah jugak walaupun tak tebal.. okey lah kan..
paling penting.. all that is sponsored.. hehe..
betapa bahagia nya hidup kan..
but selama mana nak camtue kan? lama-lama bosan jugak..
tak caye, cer tanya anak-anak raja.. bosan tak? hihi..
so, selepas berhari-hari carik keja..
kadang-kadang pergi sorang-sorang.. kadang-kadang abah temankan bila dia ade masa..
betapa gigihnya nak bekerja kan..
fyi, nowadays.. proses mencari kerja sangatlah sukar..
macam-macam ragam orang yang kte akan jumpa..
ade yang btul-btul bersikap nak membantu, tak kurang jugak ade yang bersikap nak 'menjatuhkan'..
and finally.. i've got the job..
takde lah gempak mana kan.. but memenuhi keperluan lya buat masa sekarang..
Alhamdulillah... Terima kasih tuhanku..

Mengkikut perkiraan nye, esok adalah hari pertama lya akan mula bekerja..
perasaan? nervous.. excited.. happy.. malas skit! hihi..
semua rasa bercampur..
tapi, di sudut hati yang teratas.. rasa syukur sangat-sangat bila dah ade kerja nih..
ble dah ada duet sendiri, lain keadaan nye.. kan?
so... hope semuanya akan berjalan lancar and baek-baek saja !
Amin.. Amin Ya Rabbal A'lamin..




Thanks for reading!

Serious!! Rasa nak kawen sekarang!!



Hye reader's! 
Well, macam biasa.. Lya suka and nak sangat share ape yang lya suka nih? Hehe.. 
A few pic and video yang membuatkan diriku rasa nak kahwin sekarang jugak!
Yes!! Serious!! Hihi..
So sweet lah both of them.. Tak jemu mata melihat..
Jalan cerita cinta yang sangat sweet and indah..








# kesemua pic di atas, by The Kliker's team
# Video's taken from Youtube, credits to awanstudiomalaysia 
:)
pssstt! suka sangat lagu by Sherina-Jalan Cinta..





Thanks for reading!

Jatuh 'sayang'.. Jatuh 'kasih'..



Hey!
A few day lepas.. emmmm.. kira nya lepas lya balik dari holiday lah..
terkezutt, tersentap semua ada bila tiba-tiba jer 'detect' something yang bernyawa kat celah dinding luar rumah.. apa dia? baby kucing.. sangat kecil,sangat comel.. mata pun tak bukak lagi tau..
ehem!! untuk pengetahuan korang, lya ni kan memang 'penakut' kucing.. sejak azali lagi..
sekadar dia lalu kat sebelah ok lagi..
tapi,bila dia dah start usyar ala-ala nak panjat jer.. mula lah tak senang duduk jadi nya..
tue belum lagi kira terjerit ker apa ker.. malu nyaaaaa jgn cita lah.. haha..
kawan-kawan rapat, family lya termasuk lah 'encik pakwe' sendiri pun dah memang sedia maklum sifat 'penakut' lya nie.. so ble pergi mana-mana jer, dorang dah siap buat benteng, perisai bagai.. 
and tolong halau kan.. hehe..
tapi nak kata tahap kronik sifat penakut lya ni, tak jugak..
sebab ble kucing tue duduk diam, duduk bebaek.. lya boleh jer pergi usap-usap..
but, stakat tue jer lah.. dia gerak sikit jer.. cepat!!! jauhkan diri.. haha!

berbalik cita tadi.. mula-mula tue, kami biarkan jer.. suma sekadar jenguk-jenguk camtue jer lah..
sebab, ni bukannya first time si ibu lahirkan anak kat area kawasan rumah ni..
dah besar-besar pun anak-anak dia yang lain..
tapi, ble asyik dengar menjerit jer 'baby-baby' kucing tue..
pelik jugak kan.. ibu nya mana?
keluar usyar-usyar pun takde nampak si ibu..
sehari semalam kami biarkan.. memang langsung tak nampak si ibu.. tak tau lah mana pergi..
ntah mati ker, orang ambik buang ker.. ntah!
abah cakap, jangan-jangan si Vietnam buat kenduri tak?
ntah! Allahualam..
so, atas dasar tanggungjawab dan perikemanusiaan.. 
kami ambik keputusan untuk pindahkan semua baby tue..
yer lah.. takkan nak biar mati kot.. kesian..
honestly.. family lya memang tak pnah ade pets.. yang ade pun ikan jer..
tue pun abah yang bela.. so, kteorang memang tak tahu menahu bab-bab nak bela kucing ni..
just tahu sikit-sikit jer adalah..
psssttt!! time 'misi menyelamat' tue, confirm-confirm lah lya jadi pemerhati jer kan..
haishhh! tak boleh nak pegang.. memang kecik sangat..
naek meremang bulu roma, tekak bila tengok 'baby' kucing tue gedik-gedik.. haihhh!!


Dah selesai operasi menyelamat tue..
lya cuba rujuk cara-cara nak handle baby kucing dekat kawan-kawan lya, kawan mama, our jiran and of course 'encik pakwe' lah.. sebab rumah dia banyak kucing!
siap offer nak suruh dia bela lagi.. hehe..
kata orang anak kucing memang susah nak bela.. and susah jugak nak survive untuk hidup..
sebab waktu-waktu gini dorang perlukan ibu..
manusia jaga mana lah nak sama dengan ibu nye sendiri jaga kan..
memang kalau tengok pada keadaan pun rasa cam mustahil untuk dorang survive..
even tokey pets shop sendri pun cakap macam tue..
but mama ambik keputusan utk jaga dulu dorang sementara kami sama-sama carik solution lain..
bukan sekoq dua tau.. tapi ada enam semuanya.. tiga putih,tiga oren..
cute sangat !
so, kteorang pun beli lah a few thing yang perlu untuk jaga 'baby-baby' tue..
paling penting susu and botol susu!
tokey pets shop tue adalah bagi tips-tips sikit..
so, berbekal kan semua tue mama,abah,adik-adik and lya sendiri.. kteorang gilir-gilir jaga dorang..
beberapa hari jaga dorang.. dari seorang penakut, lya dah berani sikit-sikit bagi dorang minum susu botol..bersihkan tempat dorang.. hehe! :)
seriously, agak susah jugak lah nak jaga baby kucing macam ni..
sebab nye dorang still tak bukak mata and !!!! tali pusat pun still ada ok !!
and.. memang betul cakap orang.. sekor,sekor and sekor.. ada jer yang mati..
so sad.. sedih rasanya ble kte dah cuba sedaya upaya untuk jaga dorang kan..
their needs their mom!
until today, there's only one kitten left.. struggling to survive..
stiap hari suapkan susu untuk dia.. bersihkan dia..
so far, semuanya nampak ok.. dia pun nampak sihat.. I hope everything will be ok lah..
dah jatuh sayang rasanya.. jatuh kasih..
I called him 'Comel' but mama called him 'Crome'..
semua orang kat rumah ni sayangkan Crome..
and their got their own name for this little 'baby'..
Crome pun macam dah mula kenal kami semua.. dah pandai nak bermanja.. aktif..
yes!! I feel so happy to taking care of him!
there's a few pics of Crome.. Insya'allah kalau dia still bersama kami..
I'll tell you the new story about Crome ok..





Thanks for reading!

Pangkor Island...


Hey buddies! :)
Last week lya dengan family sempat lah spent time 3 hari 2 malam dekat Pangkor..
Ni first time lya ke sana.. Mood of course la excited,gumbira semua nye bercampur kan..
Almaklum la, first time.. hehe..
Perjalan dari Penang ke Lumut, memang sgt lah membosankan..
Ya Ampun.. ghase nye lamo bebeno kite dalam khete.. hihi..
Otw dalam kereta tue,sempat lah jugak interview abah tentang pulau pangkor nie..
Abah dah banyak kali pergi, kursus lah.. ape lah..
Abah cakap, takde pape pun kat situ.. tapi, pantai nye cantik..
So, korang.. sesape yang gemar aktiviti laut tue..
banana boat, snorkling lah bagai.. datang lah ! :)
Lepas hampir 4 jam jugak perjalanan, plus berhenti R&R semua..
Kami pun sampai lah ke jetty Lumut..
pssssttt !! ade kapal navy !!
and, kenangan pun menjelma kejap.. kejap jer ok! haha..
i'm not sure about the ticket price, sebab abah yang handle semua.. 
tapi tak salah RM10 untuk dua hala.. 
means pergi dan balik.. memandangkan kami pergi hari Jumaat.. so tak ramai sangat orang kat jetty..
tak payah nak Q boley tros jer masok ker tempat fery..
perjalanan pun tak lah lama, rasanya tak sampai sejam dah sampai ke pangkor..
act,korang boleh pilih tau nak turun kat jetty mana.. sebab masa lya pergi ni pun dia ade berhenti kat sesetengah tempat.. and, kalau korang pergi dengan pakej resort ker..
korang boleh deal tros lah dengan dorang.. contoh nye macam Marina Beach Resort..
they have their own ferry..


bila dah sampai tue, dah check-in semua.. sempat lah jugak belek sana sini..
for me, pangkor tak lah sehebat langkawi.. yer lah, pulau nye kecik jer..
tapi, yang menjadi daya tarikan mungkin pantai nya..
tak dinafikan memang cantik.. bersih sangat..
seronok nye kat sini sepanjang 3 hari.. memang btol-btol puas dapat makan makanan laut..
siap barbeque bagai.. hehe..
memandang kan takde banyak tempat nak pergi merayap.. nak shopping pun takde..
cuma mama jer yang seronok borong ikan kering, udang kering, bilis, keropok lah bagai kan.. hehe..
yer lah, cukup 2 jam naik 'van pelancong' plus singgah a few tempat yang menarik kat sini dah pun boleh di 'cop' kan sebagai round island..
mostly, pelancong yang datang sini lebih suka untuk menyewa moto dari kereta..
mengkin lebih senang nak round kot ! tapi, jangan terkejut..
sebab jalan-jalan kat sini sangat mencabar!
emm.. seriously, takde apa sangat lah kat sini.. 
Lya pun banyak habiskan masa dengan melepak kat pantai jer..
then balek resort tdo.. itu jer lah.. btol-btol holiday yang 'holiday' ! haha..
baju pun takyah nak melaram sangat.. kira nye btol-btol relaks and santai lah !
Sepanjang kat sini lya banyak pakai track-suit dgn t-shirt jer pun..
yes ! betul ! kata abah, alah takyah melawa.. lagipun orang-orang kat sini pun mcm tue.. hehe..
oh ya ! kat sini takde hotel tau.. semua resort jer.. not bad lah..
selesa.. harga pun tak lah mahal sangat.. terpulang pde kita lah nakkan penginapan yang mcm mana..
ok guys ! a little bit review about my holiday..
enjoy the pics ! yang tak seberapa...
dua-dua buat muka 'poyo' !
tapi yang paling poyo mesti la si baju hitam kan? 


adik-adik saya !

view waktu senja.. cantik kan?

haaa... kalau korang bertuah.. korang akan jumpa burung ni..
lya pun dah last day baru dapat tgk LIVE..
masa mula-mula abah cerita rasa tak percaya jugak.. apehal burung ni terlepas datang pangkor?
 
hurmmm... balik dari pangkor terus pergi jumpa budak comel ni !
rindu !!

ok.. bai..



Thanks for reading!