La Tahzan, Kerana Cinta...

HAWA..
andai enkgau masih remaja,jadilah anak yg soleh buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan ad din Allah..

HAWA..
andai engkau belum berkahwin jgn kau risau jodohmu,ingatlah HAWA janji Tuhan kita,wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik.jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yg bukan muhrim krn aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetus salam dan sekaligus disusuli dgn pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri..

HAWA..
lelaki yg baik tidak melihat paras rupa,lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yg penting pegangan agamanya..

lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya krn dia takut memberi kesempatan kpd syaitan utk menggodanya.lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta krn dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

OLEH ITU HAWA..
jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu.andai ditakdirkan tiada cinta daripada ADAM untukmu,cukup hanya cinta ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlh hanya cinta daripada kedua IBU BAPAmu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta ADIK BERADIK serta KELUARGA yg membahagiakanmu..

HAWA..
cintailah ALLAH dikala susah dan senang krn kau akan memperoleh cinta daripada insan yg juga menyintai ALLAH..cintailah kedua IBU BAPAmu krn kau akan memperoleh keredhaan ALLAH.cintailah KELUARGAmu krn kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dari cinta keluarga....


Thanks for reading!

Apabila seseorang wanita di ciptakan...

Allah S.W.T berfirman

"Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk 
menjadi seorang  yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk 
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan 
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." 

"Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar 
ketika orang-orang   lain   menyerah,   dan   mengasuh   keluarganya 
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam 
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 

"Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya 
dan   melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya."

"Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang 
suami yang  baik  takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang 
menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya 
tanpa ragu." 

"Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini 
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk 
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang 
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat 
dimana cinta itu ada." 




~ sgt2 indah kan? betapa indahnya Allah swt menciptakan seseorang wanita tue...
hurmmm... kamu hawa sekalian!!
anda sgt istimewa~ :)

Thanks for reading!

Utk Abahku Tercinta!

Assalamualaikum wbt... 

pOst kali nie,ditujukan khas buat abahku...
*Kakak! tue nama panggilan abah padaku...*



Abah!
Firstly,
kakak nk ucapkan "Selamat Hari Bapa" utk abah!
mesti abah lupa kan? Haisssh! 
xpnah nye igt setiap taOn taw abah nie...
emmm... Biarlah ape yg kakak coretkan nie,mewakili km adik bradik...


Kakak syg sgt kat abah! 
mcm tue jugak adik2 sume! Abah tawu kan?
Terima kaseh abah... 
atas segala pengorbanan abah pde kakak slama nie...
Membesarkan,mendidik,menjaga kakak & adik2 dgn pnuh kasih syg...
Kalaw diberi peluang utk membalas nye, 
hingga hujung nyawa pun x termampu utk km membalas nya bah...
hehehe... Abah taw tak? 
Ramai yg ckp abah nie garang taw... 
muka talak senyummmm~
kwn2 kakak pun ckp mcm tue! tp dorg tak taw kn...


Abah kakak nie memg sporting sgt tawww!
 muka garang,tp hati "kiut"! hehehe...
Yup! garang bertempat & demi kebaikan... 
Abah tak pnah nk mengongkong anak2 nya x bertempat... 
Sal adik2 tue,biarlah bah... 
dorg still muda skrg nie... mentah! 
susah nk fhm setiap tindakan abah... 
mcm kakak jugak dlu...! tp skrg kakak dh fhm...
Curiga yg sentiasa ada dlm diri abah utk tiap anak2 abah tue,
wat km sentiasa berjaga-jaga dlm setiap tingkah laku...


Abah taw tak? 
kakak suka sgt ble prangai kebudak-budakan abah dtg! hehehe...
kakak suke ble abah merajuk! 
kunun2 taknak makan... tp kakak taw,nnt mlm2 ckit... 
mesti abah selongkar dapur kan! hehehe... 
sbb tue lh kakak slalu simpan makanan elok2 utk abah... emmm... :)


Abah igt tak? 
Abah pnah kata kat kakak,dlm dunia nie tak ada yg lebih bermakna selain keluarga... 
btul bah! kakak dh sedar sgt tentg hakikat tue...
Cinta boleh dtg & pergi... Tp,keluarga yg sentiasa di sisi... 
Saat duka mahupun saat duka...
Emm... abah! buat mse skrg nie... 
mgkin kakak hnye boleh berjanji pde abah,pde mama...
tp tue bukan jnji kosong bah! 
kakak tawu setiap impian abah... impian bersama mama...
Insya'allah... 
1 hari nnt,kakak & adik2 akan tunaikan hajat abah... kakak janji bah...
Abah,teruslah mendoakan kakak yer bah... 
doakan anak-anak abah...
Km perlukan doa abah,doa mama... 
utk km menghadapi liku-liku perjalanan kehidupan km yg masih jauh... 
Tanpa doa dari abah,dari mama... Siapa lah km...
i love u so much bah... ur my hero! ur my everythg...
tetaplah di sisi kakak yer bah... 
tanpa abah,kakak tak mungkin "kuat" ~


*sgt2 sedih... 
Abah,kakak taw abah mesti akan bce sume nie kan...
 but,pls abah! jgn ckp pape taww! nnt banjir rumah kte... malu lah! :) 

Thanks for reading!

Ombak Rindu!

Filem  nie diadaptasi dari novel Ombak Rindu keluaran Alaf 21, by Fauziah Ashaari. 
Ade yg dh bce tak nOvel nie? 
fOr me... its superb! best!


Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?




Sgt2 rOmantik kan...
siyesly, tak sabar nak tunggu filem nie keluar di pawagam...
psssttt! AarOn aziz! :)

Thanks for reading!

Stanza Cinta!


Drama Stanza cinta adalah cerita yang diadaptasi daripada novel Stanza Cinta, 
terbitan Grand Brilliance, arahan Along Kamarudin.
 Drama ini bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam mulai 19 Jun 2011. 
Dikhabarkan ada 13 episod semuanya.

Sinopsis Stanza Cinta dari novel :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina . Sumber Nurull Halawati <– Penulis Novel Stanza Cinta





pssst!! its him again! AarOn aziz! wajib layan~ :)

Thanks for reading!

Nak Tahu Rahsia Cinta?

Kekuatan berfikir 
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir 
tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. 


Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri
"apa yang aku hormati dalam diriku?".
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri.
"apa yang aku hormati dalam diri mereka?".


Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.
Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya.
Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik
fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat
indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
"Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan 
mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...

Sumber dari : 
http://1001rahsiadiri.blogspot.com
Thanks for reading!

Untuk "Adam" & Untuk "Hawa"...


untuk adam..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti 
malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


Thanks for reading!

Cinta Teragung!

Assalamualaikum wbt...
 hOlla~

tajuk pOst kali nih... 
"Cinta Teragung"... 
xde kne mgena dgn kisah cintaku ya! hehe~
a sOng frOm HAZAMA,juara AF9! =) 
pssstt! cOngrats HAZAMA! u deserve it~
                   secara jujur nya... first time aku dgr lagu nih! sgt menyentuh hati...~ 
                  meresap jaOh ke dalam kalbu~ 
*agak k'terlaluan yer ayat d sini* haha! 
                            its sO meaningful fOr me! its like~ 
emmm... suara hati ku! 

Lirik Lagu Cinta Teragung -Hazama Af9

Maafkan aku, sekiranya tak termampu.
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata...
Rinduku padamu!
Ku takkan bisa menjadi lebih, dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk, memujuk hatimu
Mencintai aku...!
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu...
Secebis perasaan ku hamparkan,
Membawa sejuta harapan...
Menagih cintaTeragung darimu...
Maafkan aku sekiranya, tak termampu untuk...
Mencurahkan semua, isi hatiku...




nie pulak antara pic2 sekitar kOnsert final smlm... 
Lets share! *sOurce frOm AF*

Juara AF9!
Singing first sOng! (pukau-tOmOk)
he's gOt style huh~
Lagu mse Opening kOnsert... (firewOrk-katy perry)
with Lisa Surihani! suprise fOr Hazama~
pssstt! she's beautiful... sgt3!
Singing secOnd sOng, Cinta Teragung...
i lOve dis mOment! penuh pghayatan...
Lastly... Opppsss! haha~
Shaheizy Sam! he's sweet ryte~ 
One Of my fevret actOr!



Thanks for reading!

tO much interested in...

HOlla! Assalamualaikum... 
pOst kali nie,nk share ckit abOut my madness... huhu~
Siyesly,aku memg gle gmbr taw! haha...
*pembetulan* gle snap gambar act... sgt3!
& sgt2 b'keinginan utk menjadi gambargrapher! 
mcm nih ha.... 


adushhh! best siOt kalaw dpt kannn... huhu... *Gerrrrammm*
but,its Okey!
buad mse skrg nie,harus d akui~ 
maseh blOm t'mampu utk memiliki...
 but! sOOner Or later,it will be mine~
ble time tue tbe... kOrg tgk sudah laaaa...
bukan stakat aksi tOnggek snap pic,t'lentang pun ade taw! kekeke~
fOr nOw,simpan dlu cte2 & impian tue... hehe...
pOkes pde bnde yg lebih penting dlu~ haizzz... ya3!
btw... aiyuhhh... lihat serba ckit "hasil tangan" ku~
**guna camera enfOn aje ukey** camera mahai xde! sObs3~

view waktu senja~
emm,pic nie kat jety kampung teluk tempOyak,penang...
time nih,kteOrg mkn2 kat cni... satu family sume!
Yg nie pun view mse senja... time nih, aku kat atas feri...
view tue menunjukkan sebelah pulau...

arOund pantai merdeka,in kedah...
Yg kOrg nmpk tue Gunung Jerai!
emmm...  ape yg perlu d ungkapkan???
Life is a jOurney...
Perjalan maseh jaOh! keep walking... =)
Pic nie dekat PCB,kelantan...
pun view waktu senja.... Aduiii...
minah senja ker hape wa nih? asek senja jer...
u knOw sumthg guys? ble tgk balek pic2 nie...
Senja itue sgt rOmantik kan~ hehe
Yg nih, sOmewhere in seberang perai...
kwsn kampung kat ctu...


ukey! dats all fOr nOw... insya'allah... 
mOre pic sOOner! =)
kalaw ase x cun tue,wat xtawu dh la... wa tak terer beb!
tp wa sgt suke! minat~ hehe... 
till then,chOw~~


Thanks for reading!

Jangan Mencari Yg Terlalu Sempurna! (Dr.Fadilah Kamsah)~


BUAT PEDOMAN BERSAMA.

    Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... 
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.    
Begitulah juga...  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang....  
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 
TERIMALAH seadanya.... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....     Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelezatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... 
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain 
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Thanks for reading!

Awk!!! Aishiteru~

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu...
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana...



Gelisah sesaat saja tiada khabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti!
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan?



walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku!
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pd ketulusan aishiteru! 

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah!

banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali...

psssttt!! dis sOng sgt b'makna lah! huhu~
utk si dia yg jaOh di sana... Aishiteru awk!! ngeeeee~
jum layan vid nye...





Thanks for reading!

Fallin in L.O.V.E!

AHMAD SETH TAN! 
He's sO charming kan? sO handsOme...
kalaw kOrg mgikuti slOt akasia kat tv3 mesti knal dgn watak tue...
DilakOn kn Oleh "AarOn Aziz"!

perghhhh! aku memg gle btOl ngan mamat nie...
stiap mOvie yg dia b'lakOn memg kOmpen2 tgk pnye... 
& Of cOs siri cte nOra elena...



memg tak pnah missd ! He's acting as Ahmad seth tan!
mak aiiii... ley cair wOo,kalaw kOrg tgk watak nie...
COme! jum kte review ckit cte nih~

act,cte nie sbnr nye d adaptasikan dari nOvel "Kasih Yang Suci" by meen zulaikha...
sOld Out! frust nyer... 
dear penerbit... sile cetak byk2 yer... !!
kerana aku telah lelah dlm penantian ingin memiliki mu~


Watak-watak utama dalam "nOra elena"..
Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan,
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Ery Putra sebagai Amir,
Zul Ariffin sebagai Eid,
Wan Sharmila sebagai Yvonne.

SinOpsis cerita.
"Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti."

pssstttt! menarikkan??? emmm... siyesly! x sabar tggu ending dye...
& fOr sure! aku lah d antara insan2 yg akan b'gegas ker kedai2 buku utk merebut nOvel nih!
hOhO~

My persOnel OpiniOn abOut Ahmad Seth Tan :: 
Setiap kata-kata dari bibirnya sgt rOmantis...
 b'sifat sangat melindungi... hOnestly, menyelami watak nie,buat aku t'buai-buai... melayang jauh! 
stiap perlakuan yg melibatkan Ahmad Seth Tan buat aku t'senyum sendiri... 
& jujur! aku mg'harapkan wujudnya "Ahmad Seth Tan" yg sbnr d realiti! gila kan! 
Sgt gentle! sgt charming... 
Paling penting... 
Hati,Kasih,Jiwa nya adalah milik isterinya yg abadi~ 
Pandai btul tuan/puan directOr nie bg watak nie pde AarOn aziz... sgt sesuai!
mcm btul2 mggambarkan "Ahmad Seth Tan" yg sebenar-benar nye... 

AarOn aziz! =)





Thanks for reading!

..: Bagaimana Menyayangi Seseorang? :..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan
gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa
dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk
anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan
jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana
dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Thanks for reading!