Sebenarnya...

Assalamualaikum...

## Tengok part Jannah (Cinta Jannah) lepaskan rindu bercakap sorang-sorang..
seolah-olah bercakap dengan suami dia...
Aku pulak yang jadi sebak tiba-tiba..
Dan.. air mata pun gugur lagi di medan perang..

Dah lama rasanya tak menyebut nama dia..
Dah lama rasanya tak memandang wajah tu..
Masing-masing melarikan diri bila bertembung...
Cuba sedaya upaya tak saling memandang !
Dah lama rasanya senyuman tu bukan untuk aku..
Dah lama aku menahan diri dari semua ni !
Jujur,
Aku rindu..

Sejauh mana aku cuba,
rasa ni selalu ada..
susahnya melepaskan kamu yang ada di seluruh hati !

Kadang-kadang rasa bodoh..
Kadang-kadang rasa benci..
Cemburu & sakit, rasa yang tak pernah hilang !

Aku rasa bodoh bila fikirkan tingkah aku setiap kali mencuba 'mesra' bersama yang lain..
yang akhirnya tak pernah berjaya !
Aku rasa benci setiap kali aku melihat kamu,
tapi aku tak mampu berbuat apa-apa..
hanya tunduk dan berlalu..
Aku rasa cemburu melihat seseorang bersama kamu,
walaupun sekadar bercakap !
Aku rasa sakit ! terlalu sakit begini..
Disakiti oleh insan yang paling di sayangi..

Apa yang Jannah buat, aku pun selalu buat..
Bercakap seolah-olah kamu ada di sisi..
buat apa yang kita suka buat sama-sama macam dulu..
lepak kat tempat yang kita selalu lepak !
walaupun sedih,
tapi membahagiakan !

Phone ni dah lama tak berbunyi, 
'Tuhan jagakan dia'
Kalau dulu, hebat macam mana pun perang dunia kita,
phone tetap berbunyi, walaupun sebabnya hanya nak saling bertengkar !
walau sakit hati,
tapi membahagiakan..

Kali ni, awak betul-betul nak pergi jauh..
tapi kadang kala masih menoleh..
mungkin takkan kembali?
awak, tolong jangan pergi kalau awak juga tak mampu..
saya tak boleh menghalang lagi,
usaha saya dah habis..
tapi saya sangat berharap...

yang tinggal sekarang, hanya doa..
Ya Allah, jagakan dia...



Thanks for reading!

Solat Istikarah..


Assalamualaikum..

Hati terdetik untuk menunaikan solat istikarah.. 

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Cara Solat Istikharah
 a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Insha Allah, dengan izin-Nya..

#sumber dari Mr.google ! :)


Thanks for reading!